Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 2 di Bestari Jaya kembali beroperasi. FOTO Arkib NSTP
Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 2 di Bestari Jaya kembali beroperasi. FOTO Arkib NSTP
Ekhwan Haque Fazlul Haque


Kuala Lumpur: Empat loji rawatan air (LRA) yang menghentikan operasi awal pagi tadi kini sudah kembali beroperasi.

LRA Sungai Selangor Fasa Satu, Dua, Tiga dan Rantau Panjang memulakan semula operasi jam 6 petang tadi.

Air Selangor dalam kenyataan memaklumkan, pengguna di kawasan terjejas dijangka akan menerima semula bekalan air bermula jam 8 pagi esok.

"Semua LRA berkenaan akan memaksimumkan pengeluaran dan memenuhi paip utama dan kolam terminal.

"Air Selangor juga sudah menyediakan pelan pemulihan bekalan air untuk 1,292 kawasan terjejas di Petaling, Gombak, Klang, Shah Alam dan Kuala Lumpur.

"Selain itu kawasan lain turut terjejas antaranya Kuala Selangor, Kuala Langat dan Hulu Selangor," katanya, hari ini.

Menurutnya, Air Selangor juga sudah meggerakkan 91 lori tangki air ke premis kritikal seperti hospital dan pusat dialisis di kawasan terjejas.

Katanya, pengguna juga boleh mendapatkan bekalan air melalui 21 pili awam, 34 tangki statik di 17 pusat khidmat setempat (PKS).

Semua LRA berkenaan dihenti tugas jam 2 pagi tadi selepas pencemaran sumber air mentah dikesan di Sungai Selangor.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Oktober 2020 @ 10:43 PM