JKNJ nafi kakitangan HSA positif Covid-19 seperti tular di WhatApp. FOTO ihsan JKNJ
JKNJ nafi kakitangan HSA positif Covid-19 seperti tular di WhatApp. FOTO ihsan JKNJ
Omar Ahmad

Johor Bahru: Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) menafikan bahawa terdapat anggota Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) di Hospital Sultanah Aminah (HSA) disahkan positif Covid-19.

Pengarahnya, Dr Aman Rabu berkata pihak JKNJ juga tidak memuat naik sebarang kenyataan berhubung berita tidak benar berkenaan di Facebook rasmi JKNJ.

Katanya masyarakat diminta untuk tidak menularkan sebarang berita yang tidak sahih agar tidak mencetuskan kebimbangan atau kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

"JKNJ menafikan pesanan berangkai yang tular di Aplikasi WhatsApp mengatakan terdapat PPK di HSA disahkan Covid-19.

"Pihak kami juga tidak pernah memuat naik sebarang kenyataan berhubung berita tersebut di Facebook rasmi JKNJ," katanya di laman Facebook rasmi JKNJ di sini, hari ini.

Kenyataan palsu yang tular menyatakan wad pembedahan am (lelaki) barat 4 di HSA ditutup sepenuhnya berikutan terdapat kes positif yang melibatkan staff PPK sejarah berkunjung ke negeri berisiko di Selangor oleh suami yang disahkan positif Covid-19.

Mesej palsu itu turut menyatakan semua kontak rapat disaring dan kluster HSA akan wujud jika berkemungkinan ramai positif Covid-19.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Oktober 2020 @ 3:32 PM