ANGGOTA bomba mengangkat mayat pekerja kilang yangmaut dihimpit dua mesin batu-bata di sebuah kilang di Jalan Jalong Tinggi, Sungai Siput. FOTO Ihsan JBPM
ANGGOTA bomba mengangkat mayat pekerja kilang yangmaut dihimpit dua mesin batu-bata di sebuah kilang di Jalan Jalong Tinggi, Sungai Siput. FOTO Ihsan JBPM
Muhammad Zulsyamini Sufian Suri

Sungai Siput: Seorang pekerja maut akibat dihimpit dua mesin batu-bata di kilang pembuatan bongkah bata di Jalan Jalong Tinggi, di sini, hari ini.

Dalam kejadian 4.07 petang, mangsa berusia 47 tahun dipercayai meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala dan badan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, mayat lelaki itu masih berada di antara kedua-dua mesin terbabit, sebelum anggota bomba membantu mengeluarkannya.

"Berdasarkan maklumat, kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa berada di tengah-tengah antara dua mesin terbabit yang diisi dengan bongkah bata.

"Pekerja lain memaklumkan mangsa sedang menyusun bata pada kedua-dua mesin itu, tetapi tidak sempat keluar apabila salah satu atau kedua-dua mesin itu mula bergerak," katanya.

Katanya, pihak bomba kemudian menyerahkan mayat mangsa kepada polis untuk tindakan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Oktober 2020 @ 9:19 PM