FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
BERNAMA

Kuala Lumpur: Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.6 pada skala Richter melanda Jawa, Indonesia pada 8.56 pagi tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa itu berlaku pada kedudukan 112 kilometer (km) selatan dari Tasikmalaya, Indonesia, dengan kedalaman 66 km.

Bagaimanapun, kejadian gempa itu tidak membawa sebarang ancaman tsunami kepada Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Oktober 2020 @ 11:02 AM