HELIKOPTER yang mendarat di pekarangan Istana Negara. FOTO Aswadi Alias
HELIKOPTER yang mendarat di pekarangan Istana Negara. FOTO Aswadi Alias
Raja Noraina Raja Rahim


Kuala Lumpur: Kehadiran sebuah helikopter yang mendarat di pekarangan Istana Negara, di sini, menimbulkan tanda tanya dalam kalangan pengamal media yang berkumpul di luar pintu utama Istana Negara sejak tengah hari tadi.

Helikopter berkenaan dilihat tiba pada 3.05 petang.

Difahamkan, helikopter sama sudah mendarat pada 12 tengah hari sebelum terbang dan mendarat semula petang ini.

Setakat ini, media tidak dapat memastikan kemungkinan kehadiran Raja-Raja Melayu yang tidak memasuki Istana Negara menaiki kenderaan rasmi.

Sehingga jam 3 petang ini, hanya Sultan Kelantan Sultan Muhammad V yang tidak dilihat masuk ke Istana Negara melalui pintu utama.

Berita berkaitan:

  • 8 Raja-raja Melayu berkenan hadir mesyuarat khas
  • Mesyuarat khas Raja-raja Melayu dijangka mula 2.30 petang [METROTV]
  • Suasana Pintu Utama Istana Negara tenang
  • Patuhi SOP PKPB di kawasan Istana Negara [METROTV]
  • Mesyuarat Majlis Raja-Raja mungkin esok
  • Rundingan dengan Raja-Raja Melayu gambarkan ketelitian Agong
  • Agong nasihat rakyat tenang, tidak panik, sabar
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Oktober 2020 @ 4:03 PM