ANGGOTA polis menahan MPV yang dilarikan suspek di Shah Alam.
ANGGOTA polis menahan MPV yang dilarikan suspek di Shah Alam.
Nur Izzati Mohamad


Seberang Perai: Dua beradik lelaki dan seorang wanita ditahan reman empat hari bermula hari ini bagi siasatan kes melarikan kereta peronda polis (MPV).

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, terdahulu, suspek berusia 32 tahun dan kekasihnya berusia 20-an yang ditahan di Shah Alam, Selangor dibawa pulang ke sini.

"Mereka tiba pagi tadi untuk mendapatkan perintah tahanan reman bersama adik suspek utama berusia 28 tahun.

"Semua suspek disiasat mengikut Seksyen 379A, Seksyen 170 dan Seksyen 393 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mengulas dakwaan tular di media sosial bahawa suspek wanita adalah mangsa culik, Noorzainy berkata, pihaknya masih menyiasat dakwaan itu.

"Siasatan awal polis mendapati dakwaan itu tidak benar, namun kita akan menyiasat lebih lanjut," katanya.

Berita berkaitan

Pasangan dicekup, larikan MPV polis

Nak tunjuk hebat depan awek

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Oktober 2020 @ 5:11 PM