Nor Haidya Syafira Amir

Kuala Lumpur: Rapid KL melakukan peralihan laluan bas membabitkan Plaza Hentian Kajang yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula hari ini.

Rapid KL dalam kenyataannya memaklumkan bas itu melibatkan laluan 450, bas Smart Selangor bagi laluan KJ01 dan KJ04 serta laluan bas perantara MRT T464.

Perkhidmatan bas laluan 450 dari Hab Lebuh Pudu akan berakhir di stesen MRT Kajang.

Penumpang dibenarkan untuk naik atau turun di stesen itu bagi meneruskan perjalanan mereka.

"Mereka digalakkan untuk menggunakan perkhidmatan alternatif yang disediakan di stesen itu.

Selain itu, bas Smart Selangor laluan KJ01 ke Bandar Kajang dan KJ04 ke Presint 3, Putrajaya akan dialihkan dan memulakan operasi dari stesen MRT Stadium Kajang, dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, perkhidmatan bas perantara MRT laluan T464 dari Teras Jernang ke stesen MRT Kajang juga tidak akan memasuki Plaza Perhentian Kajang.

Rapid KL turut mengingatkan para penumpang untuk sentiasa mengamalkan tahap kebersihan diri yang terbaik, memakai pelitup hidung dan mulut serta mengamalkan kawalan kendiri bagi mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.

ANGGOTA polis dan askar melakukan pemeriksaan kenderaan masuk ke kawasan Plaza Hentian Kajang. FOTO Aizuddin Saad
ANGGOTA polis dan askar melakukan pemeriksaan kenderaan masuk ke kawasan Plaza Hentian Kajang. FOTO Aizuddin Saad

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Oktober 2020 @ 12:53 PM