KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) berharap peruntukan lebih tinggi diberikan melalui Belanjawan 2021. FOTO Arkib NSTP
KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) berharap peruntukan lebih tinggi diberikan melalui Belanjawan 2021. FOTO Arkib NSTP
Saipul Adli Mohamad dan Muhaamad Hafis Nawawi dan Mahaizura Abd Malik

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berharap peruntukan lebih tinggi diberikan kepada kementerian itu melalui Belanjawan 2021 bagi membolehkan perkhidmatan kesihatan yang lebih baik disediakan kepada rakyat untuk merawat penyakit berjangkit dan tidak berjangkit di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sememangnya KKM berharap peruntukan lebih tinggi diberikan supaya dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

"Kita memang memerlukan tambahan peruntukan untuk kementerian bagi meningkatkan perkhidmatan dan aktiviti kesihatan untuk rakyat," katanya pada sidang media harian Covid-19, hari ini.

Menurutnya, melalui peruntukan itu, pihaknya juga merancang penubuhan hospital penyakit berjangkit dan penambahan latihan untuk pakar kesihatan di lapangan serta perubatan di hospital.

  • Lagi berita berkaitan Belanjawan 2021
  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Oktober 2020 @ 8:12 PM