GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
BERNAMA

Kuala Lumpur: Operasi kaunter Tabung Haji (TH) di 28 kawasan yang terbabit dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan kawasan zon merah Covid-19 ditangguhkan.

Menerusi status yang dimuat naik di laman Twitter rasmi TH, kaunter yang terbabit ialah di Wilayah Persekutuan meliputi Jalan Tun Razak dan KL Sentral di Kuala Lumpur serta Pusat Perkhidmatan TH Labuan, manakala bagi Selangor membabitkan Kelana Jaya, Klang, Shah Alam, Batu Caves, Ampang, Cheras, Bangi, Banting dan Sepang.

Selain itu, di Johor ia membabitkan kaunter di Kota Tinggi, Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson dan UTC Negeri Sembilan), Perak (Ipoh dan UTC Perak), Pulau Pinang (Bayan Lepas), Sabah (Kota Kinabalu, Tawau, Sandakan, Lahad Datu, Semporna, Kota Belud, Kudat dan Pusat Perkhidmatan Keningau) serta Sarawak di Kuching.

TH turut mengeluarkan senarai waktu operasi bagi 28 lagi kaunter di kawasan PKPB dan zon merah Covid-19 iaitu dari 10 pagi hingga 3 petang (Ahad/Isnin hingga Khamis), sementara 10 pagi hingga 3.30 petang pada Jumaat.

Ia membabitkan Putrajaya, Selangor (Sungai Besar, Tanjung Karang dan Kuala Kubu Bharu), Negeri Sembilan (Rembau, Tampin, Jelebu, Bahau, Gemas dan Pusat Perkhidmatan TH Kuala Pilah) dan Johor (Pusat Perkhidmatan TH Mersing).

Di Perak pula adalah di Bagan Serai, Teluk Intan, Taiping, Gerik, Bota, Kuala Kangsar, Sitiawan, Slim River, Parit, Parit Buntar, Tapah dan Tanjung Malim, Pulau Pinang (Butterworth, Bukit Mertajam dan Kepala Batas), Kedah (Kulim) dan Sabah (Beaufort).

Justeru, TH menyarankan orang ramai untuk menghubungi TH Contact Centre (THCC) di talian 03-62071919 untuk membuat janji temu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 November 2020 @ 2:18 PM