ABDUL Hamid Bador.
ABDUL Hamid Bador.
M Hifzuddin Ikhsan


Padang Besar: Polis memberi jaminan keadaan keselamatan di kawasan sempadan Malaysia-Thailand berdekatan Pos 9 di sini, adalah terkawal berikutan kehadiran pasukan keselamatan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, ketika ini anggota Komando 69 (VAT69) masih berada di lokasi kejadian serangan bagi memantau keadaan.

"Saya sudah melakukan tinjauan di lokasi, secara kebetulan ketika kejadian kita sudah ada anggota komando berdekatan.

"Keadaan di lokasi ketika ini adalah terkawal," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Beliau berkata, sidang media berhubung kejadian akan dibuat Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad.

Terdahulu Abdul Hamid, Surina dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed dilihat masuk ke lokasi kejadian kira-kira jam 11.30 pagi sebelum keluar pada jam 2 petang.

Berita berkaitan

Anggota PGA maut diserang: KDN arah siasatan menyeluruh'

Ketua Polis Negara sahkan anggota PGA maut ditembak'

'Sindiket penyeludupan dipercayai serang anggota PGA'

'Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand'

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 November 2020 @ 2:40 PM