Isteri Baharuddin (dua kiri) tidak dapat menahan kesedihan ketika mendiang tiba di Kompleks Perumahan Batalion 3 PGA di Bidor malam ini. Foto Sharul Hafiz Zam
Isteri Baharuddin (dua kiri) tidak dapat menahan kesedihan ketika mendiang tiba di Kompleks Perumahan Batalion 3 PGA di Bidor malam ini. Foto Sharul Hafiz Zam
Rosman Shamsudin


Bidor: Mendiang Koperal Baharuddin Ramli sering berkata kepada anaknya bahawa dia mungkin ditembak ketika bertugas.

Anak sulung mendiang, Shahrul Affendy, 32, berkata, dia tidak sangka kata-kata ayahnya itu menjadi kenyataan hingga meragut nyawanya.

Menurutnya, ayahnya sering berkata demikian mengenai cabaran dihadapinya sebagai anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar.

"Bapak selalu ingatkan saya mengenai risiko berkerja sebagai anggota polis dan dia juga pernah cakap mungkin satu hari nanti boleh kena tembak dengan musuh.

"Ini menyebabkan kami selalu pesan supaya dia berhati-hati dan tidak sangka apa yang dikatakannya itu benar-benar terjadi hari ini," katanya ketika ditemui di kediaman keluarganya di Batalion 3 PGA di Bidor.

Menurutnya, walaupun sedih dengan apa yang menimpa bapanya itu, mereka sekeluarga terutama ibu, Relow Ko, 48, reda kerana insan yang mereka sayangi itu menghembuskan nafas terakhirnya ketika bertugas untuk negara tercinta.

Sementara itu, suasana pilu menyelubungi Kem Batalion 3 PGA ketika mendiang Baharuddin tiba di sini pada 9.30 malam ini.

Mendiang Baharuddin disambut kira-kira 200 rakan setugas, ahli keluarga dan sahabat handai yang masih terkejut dengan pemergiannya itu.

Mendiang sebelum itu menjalani proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Star, Kedah dan singgah di Kem Batalion 3 berkenaan sebelum dibawa ke Bahau, Negeri Sembilan untuk disemadikan.

Jenazah mendiang dibawa ke Klinik Batalion 3 untuk memberi peluang terakhir kepada ahli keluarga, rakan setugas dan sahabat terdekat melihat dan memberi penghormatan terakhir kepadanya.

Tetamu yang hadir kelihatan bergilir-gilir memberi penghormatan terakhir melihat mendiang dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ( PKPB) dengan memakai pelitup muka.

Sebelum ini, dilaporkan seorang anggota PGA yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand berhampiran Padang Besar, maut akibat ditembak.

Dalam kejadian pada 3.10 pagi itu, Baharuddin meninggal dunia di lokasi, manakala rakannya, Koperal Norihan A/L Tari, 39, parah.

Berita berkaitan

PGA ditembak: Mendiang mahu baiki rumah

2 das tembakan di perut, dada Koperal Baharuddin

PGA ditembak: 'Tak sangka itu gurauan terakhir mendiang'

''Mendiang abang cekal, sangat berani'''

'PGA ditembak: Mendiang dibawa ke Bahau selepas selesai bedah siasat''

'Pemergian Baharuddin kehilangan besar buat negara''

Anggota VAT69 pantau lokasi serangan - KPN'

Anggota PGA maut diserang: KDN arah siasatan menyeluruh'

Ketua Polis Negara sahkan anggota PGA maut ditembak'

'Sindiket penyeludupan dipercayai serang anggota PGA'

'Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand'

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 November 2020 @ 11:02 PM