SURINA SAAD
SURINA SAAD
BERNAMA

Kangar: Polis kini memperhebat gerakan memburu saki-baki kumpulan penyeludup yang dipercayai terbabit dalam kejadian berbalas tembakan dengan Pasukan Gerakan Am (PGA) di sempadan Malaysia-Thailand dua hari lalu, susulan penangkapan suspek utama kes itu.

Ketua Polis Perlis Datuk Surina Saad berkata, suspek utama tersebut, seorang lelaki warga tempatan berusia 45 tahun, menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Besar dekat sini pada 10 malam tadi.

"Suspek utama bersama dua lelaki warga tempatan dan seorang suspek warga Thailand direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 2 Disember," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Perintah reman terhadap empat lelaki berusia 26 hingga 45 tahun terbabit dikeluarkan Pendaftar Majistret Kangar Monica Joseph Gaisah di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Surina berkata, gerakan memburu saki-baki ahli kumpulan penyeludup terbabit dibantu Bukit Aman.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302/307 Kanun Keseksaan, kerana membunuh dan percubaan membunuh, katanya.

Dalam insiden awal pagi Selasa, Sarjan Baharuddin Ramli, 54, terbunuh manakala rakannya Sarjan Norihan a/l Tari, 39, cedera parah dalam kejadian berbalas tembakan dengan sekumpulan penyeludup, kira-kira 600 meter dari pos kawalan TS9 (tembok sempadan) di Padang Besar, Perlis.

Mendiang Baharuddin, daripada suku kaum Semelai, meninggal dunia di tempat kejadian, manakala rakannya Norihan yang sebelum ini dirawat di Hospital Tunku Fauziah (HTF) Kangar, kini dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang untuk menerima rawatan lanjut.

Semalam, 15 warga tempatan diperintahkan direman selama empat hari manakala tiga rakyat Thailand direman seminggu bagi membantu siasatan kes itu.

Berita berkaitan

Sempat lihat kelibat lelaki selepas ditembak

PGA ditembak: Ketua sindiket seludup, tiga individu direman [METROTV]

2 anggota PGA dianugerah Pingat Gagah Berani

'Bapa mana mak?' - anak Koperal Norihan

2 anggota PGA dinaikkan pangkat Sarjan bagi hargai keberanian mereka [METROTV]

Koperal Baharuddin selamat dikebumikan

3 lelaki Thailand, 15 tempatan direman

PGA ditembak: Mendiang mahu baiki rumah

2 das tembakan di perut, dada Koperal Baharuddin

PGA ditembak: 'Tak sangka itu gurauan terakhir mendiang'

''Mendiang abang cekal, sangat berani'''

'PGA ditembak: Mendiang dibawa ke Bahau selepas selesai bedah siasat''

'Pemergian Baharuddin kehilangan besar buat negara''

Anggota VAT69 pantau lokasi serangan - KPN'

Anggota PGA maut diserang: KDN arah siasatan menyeluruh'

Ketua Polis Negara sahkan anggota PGA maut ditembak'

'Sindiket penyeludupan dipercayai serang anggota PGA'

'Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand'

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 November 2020 @ 4:11 PM