Uncle Yap membakar sarang tebuan di ladang kelapa sawit yang merupakan laluan pendaki ke Bukit Taisho.
Uncle Yap membakar sarang tebuan di ladang kelapa sawit yang merupakan laluan pendaki ke Bukit Taisho.
Abnor Hamizam Abd Manap


Jempol: Sarang tebuan di Bukit Taisho yang membahayakan pendaki dimusnah ahli Persatuan Bukit Taisho, Bahau, malam tadi.

Timbalan Pengerusi Bukit Taisho, Alwi Alias berkata, sarang berkenaan dimusnahkan pada 8 malam dan kerja memusnahkan sarang diketuai pengerusi persatuan dikenali Uncle Yap.

"Seminggu lalu terdapat kes warga emas disengat tebuan ketika mendaki dan menerima rawatan di klinik berhampiran.

"Berikutan itu, Uncle Yap bersama dua ahli lain mengambil keputusan memusnahkan sarang tebuan berkenaan bagi memastikan keselamatan pengunjung yang mendaki bukit itu.

"Sehubungan itu, orang ramai yang mendaki bukit itu dinasihatkan untuk sentiasa peka dengan persekitaran berikutan laluan pendakian membabitkan ladang kelapa sawit," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Disember 2020 @ 8:14 PM