KEADAAN lalu lintas di sekitar Jalan Kuching (gambar fail). FOTO Arkib NSTP
KEADAAN lalu lintas di sekitar Jalan Kuching (gambar fail). FOTO Arkib NSTP
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Jalan Kuching berhampiran Bulatan Segambut akan mengalami gangguan aliran trafik berikutan penutupan jalan di kedua-dua hala mulai 11 malam hingga 5 pagi setiap malam sehingga 8 Disember ini.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan berkata, gangguan aliran trafik itu bagi membolehkan kerja pembersihan dan penyelenggaraan perparitan di lokasi berkenaan dilaksanakan.

"Sehubungan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan supaya mematuhi semua isyarat papan tanda sebagai langkah keselamatan dan bagi mengelakkan kekeliruan dan sebarang kesulitan yang timbul," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 Disember 2020 @ 6:17 PM