KERATAN laporan terdahulu.
KERATAN laporan terdahulu.
Norzamira Che Noh


Shah Alam: Pegawai imigresen dan ejen yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor semalam, direman selama tujuh hari bermula hari ini.

Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi berkata, perintah tahanan reman itu dikeluarkan Timbalan Pendaftar Nor Azilah Mat di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini selepas menerima permohonan pihaknya.

Kedua-duanya berusia 26 tahun dan 40 tahun akan disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Terdahulu, media melaporkan SPRM menahan pegawai dan ejen itu kerana disyaki meminta rasuah sebanyak RM22,000 bagi melepaskan dua warga China yang ditahan Jabatan Imigresen Malaysia pada Isnin lalu.

Difahamkan, dua warga China itu ditahan atas kesalahan menggunakan cap palsu.

Berita berkaitan

Pegawai imigresen, ejen ditahan minta suapan RM22,000

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Disember 2020 @ 3:59 PM