PENDUDUK berjalan meredah banjir selepas rumah mereka ditenggelami  air selepas hujan lebat sejak malam tadi. FOTO Ghazali Kori
PENDUDUK berjalan meredah banjir selepas rumah mereka ditenggelami air selepas hujan lebat sejak malam tadi. FOTO Ghazali Kori
Zatul Iffah Zolkiply


Kuala Terengganu: Dungun dan Setiu menjadi daerah terbaru yang terjejas akibat banjir susulan hujan berterusan sejak petang semalam.

Ia menjadikan enam daerah di Terengganu terjejas akibat banjir sehingga jam 4 petang, hari ini.

Ketika ini, sebanyak 17 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di enam daerah iaitu Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Marang, Kemaman, Dungun dan Setiu.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Terengganu Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, seramai 781 mangsa daripada 218 keluarga ditempatkan di 17 PPS berbanding 439 mangsa daripada 124 keluarga di sembilan PPS pagi tadi.

Katanya, Marang masih merekodkan jumlah mangsa tertinggi apabila seramai 298 keluarga daripada 81 keluarga ditempatkan di tiga PPS berbanding hanya 156 mangsa daripada 42 keluarga ditempatkan di satu PPS pagi tadi.

"Ia diikuti daerah Kuala Terengganu apabila seramai 159 keluarga daripada 46 mangsa ditempatkan di empat PPS iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Chendering, SK Ladang, SK Pasir Panjang dan SK Atas Tol.

"Di Kuala Nerus, jumlah mangsa turut meningkat kepada 155 mangsa daripada 38 keluarga PPS berbanding 96 mangsa membabitkan 22 keluarga pagi tadi.

"Seramai 94 mangsa daripada 30 keluarga ditempatkan di tiga PPS iaitu di SK Kemasik, SK Pengkalan Ranggon dan Balai Raya Kampung Labohan di Kemaman.

"Di Dungun pula, tiga PPS dibuka bagi menempatkan 59 mangsa daripada 19 keluarga manakala satu PPS iaitu Balai Raya Guntung Dalam, Setiu dibuka untuk empat keluarga membabitkan 16 mangsa," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Disember 2020 @ 5:14 PM