Amir Abd Hamid dan Raja Noraina Raja Rahim


Kuala Lumpur: Kejadian kebakaran yang berlaku di Hospital Queen Elizabeth II, Kota Kinabalu, Sabah, hari ini, tidak membabitkan alat bantuan pernafasan (ventilator) yang digunakan pesakit.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bagaimanapun Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mendapatkan laporan penuh kejadian itu.

"Saya belum terima laporan lengkap kejadian tapi mungkin bukan berkenaan ventilator.

"Ini kerana ventilator yang diguna pakai sekarang ini adalah ventilator baru yang diperolehi ketika gelombang kedua (Covid-19). Jadi mungkin bukan masalah ventilator," katanya dalam sidang media di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya perlu menunggu siasatan penuh mengenai kebakaran itu daripada pihak kejuruteraan untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Katanya, ketika ini KKM mempunyai kapasiti 1,556 ventilator dan penggunaannya adalah kurang daripada 100 unit.

Dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari itu, api berjaya dikawal ketika pihak bomba tiba dan tiada kecederaan atau kematian dilaporkan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 Disember 2020 @ 7:42 PM
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR