GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Nur Izzati Mohamad


Nibong Tebal: Pekerja lelaki warga Bangladesh ditemukan meninggal dunia di kilang tempatnya bekerja di Kawasan Perindustrian Valdor, Sungai Bakap, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern berkata, pihaknya menerima panggilan pada 4.15 petang mengenai lelaki itu ditemukan tidak sedarkan diri.

"Majikan kilang memberitahu dia dimaklumkan pekerja lain mengenai seorang pekerjanya berusia 35 tahun tidak sedarkan diri lalu pergi bersama penyelia untuk membuat pemeriksaan.

"Dia mendapati pekerja dikenali sebagai Ronju terbaring lalu menghubungi ambulans dan Ronju didapati sudah meninggal dunia oleh petugas kesihatan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, mangsa pernah menerima rawatan di Hospital Sungai Bakap (HSB) akibat kekurangan darah sebelum ini, dan pihak hospital turut menambah darah sebanyak dua beg kepada lelaki itui.

Katanya, akibat itu, mangsa meminta majikan menghantarnya pulang ke negara asal dan kilang turut menempah tiket penerbangan pada 11 Disember ini.

"Siasatan lanjut tidak menemui sebarang unsur jenayah dan bedah siasat akan dijalankan selepas mendapat keputusan Covid-19.

"Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 Disember 2020 @ 1:39 PM