ZAHIDI Zainul Abidin. FOTO arkib NSTP
ZAHIDI Zainul Abidin. FOTO arkib NSTP
BERNAMA

Putrajaya: Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin disahkan positif Covid-19 selepas menerima keputusan ujian saringan awal pagi ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh pejabat timbalan menteri itu dalam satu kenyataan yang menyatakan Zahidi menjalani ujian saringan Covid-19 sejurus tiba di Kuala Lumpur dari Pulau Pinang pada 11 Januari.

Zahidi dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk menjalani rawatan lanjut mengikut garis panduan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan.

"Zahidi kini berada dalam keadaan yang stabil dan memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul. Beliau juga berdoa agar Allah SWT mempermudah urusan semua yang terbabit," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan pejabatnya, Zahidi menjalani ujian saringan Covid-19 pada 25 Disember lalu yang keputusannya adalah negatif.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 January 2021 @ 4:37 PM