Salah seorang anggota APM menunjukkan rumah yang roboh akibat fenomena air pasang di Kudat semalam. FOTO ihsan APM Kudat
Salah seorang anggota APM menunjukkan rumah yang roboh akibat fenomena air pasang di Kudat semalam. FOTO ihsan APM Kudat
Rafiqah Dahali


Kudat: Dua rumah roboh dan lima rumah hampir roboh di dua kampung di sini, akibat fenomena air pasang besar serta ombak besar, malam tadi.

Dua kampung terbabit adalah Kampung Seri Aman dan Kampung Tanjung Kapor.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kudat berkata, air pasang besar berlaku 8,30 malam di seluruh Kudat dan pihaknya menerima panggilan daripada orang awam yang terjejas pada 10:45 malam.

"Paras air di beberapa kampung di pesisir pantai didapati melebihi paras bahaya.

"Seramai 41 orang mangsa dari dua kampung terbabit dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Arena Belia dan Sukan Kudat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 January 2021 @ 8:19 AM