GAMBAR fail. FOTO Bernama
GAMBAR fail. FOTO Bernama
Raja Noraina Raja Rahim

Kuala Lumpur: Taman awam di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditutup dan tiada sebarang aktiviti sukan atau riadah dibenarkan.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, terdapat laporan berlaku kesesakan di taman awam dalam kawasan PKP.

"Saya ingin menegaskan bahawa taman awam dalam kawasan PKP adalah ditutup dan tidak dibenarkan sebarang aktiviti sukan atau riadah sepanjang tempoh pelaksanaan perintah itu.

"Jangan ada siapa yang melakukan riadah di taman awam kerana akan ada tindakan daripada pihak berkuasa," katanya dalam sidang media hari ini.

Beliau berkata, aktiviti riadah seperti joging dan berbasikal hanya boleh dilakukan di kawasan kejiranan sahaja.

Malah, katanya, ia terhad kepada dua orang satu rumah.

Semalam, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi kenyataan memaklumkan semua taman awam di bawah seliaan DBKL ditutup kepada orang ramai hingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Tindakan itu susulan PKP yang bermula semalam hingga 26 Januari ini.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 January 2021 @ 8:19 PM