Mohamed Salleh disahkan positif Covid-19 hari ini (gambar fail). FOTO Arkib NSTP
Mohamed Salleh disahkan positif Covid-19 hari ini (gambar fail). FOTO Arkib NSTP
BERNAMA

Kuala Terengganu: Bekas Ketua Hakim Negara Tun Dr Mohamed Salleh Abas disahkan positif Covid-19, hari ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif as-Salihin Trustee Berhad Abdul Aziz Peru Mohamed berkata, Mohamed Salleh yang juga Pengerusi syarikat amanah itu kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini dan berada dalam keadaan stabil.

"Bagaimanapun, pihak hospital mengambil langkah berjaga-jaga atas faktor umur Tun. Marilah kita sama-sama mendoakan kesihatan yang terbaik buat Pengerusi kita yang disayangi.

"Semoga Allah SWT memberikan kesembuhan dan mempermudahkan segala urusan beliau," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Dr Nor Azimi Yunus mengesahkan bahawa Mohamed Salleh dirawat di HSNZ.

Beliau bagaimanapun tidak memperincikan butiran lanjut mengenainya.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 January 2021 @ 11:19 PM