X
ANGGOTA polis menjalankan siasatan di lokasi mayat wanita ditemukan, malam ini. FOTO JUWAN RIDUAN.
ANGGOTA polis menjalankan siasatan di lokasi mayat wanita ditemukan, malam ini. FOTO JUWAN RIDUAN.
Juwan Riduan


Kota Kinabalu: Satu mayat wanita lengkap berpakaian ditemukan terlentang berhampiran tempat pembuangan sampah di kawasan Bandaran Berjaya, di sini, malam ini.

Mayat wanita belum dapat dikenal pasti itu ditemukan orang awam pada 7 malam sebelum terus melaporkan kepada pihak polis.

Difahamkan, wanita terbabit sering kelihatan di kawasan berkenaan, namun tidak dapat dipastikan sama ada mangsa bekerja atau tinggal di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima maklumat penemuan mayat terbabit menerusi panggilan kecemasan daripada orang awam.

Katanya, sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu dikerah ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan.

"Siasatan di lokasi penemuan mayat mangsa turut dibantu pasukan Forensik Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah.

"Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti identiti mangsa dan punca kematiannya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 January 2021 @ 10:04 PM