Pelajar, Nur Aisyah menjalani pembelajaran di rumah melalui slot program TV Pendidikan Tutor TV PT3. FOTO/ROHANIS SHUKRI.
Pelajar, Nur Aisyah menjalani pembelajaran di rumah melalui slot program TV Pendidikan Tutor TV PT3. FOTO/ROHANIS SHUKRI.
Suliati Asri


Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menambah baik pendekatan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) termasuk program TV Pendidikan khusus untuk calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020.

KPM dalam satu kenyataan berkata, mulai 27 Januari 2021, KPM akan menambah Slot Program TV Pendidikan dalam program [email protected]

Slot itu memberi fokus kepada kandungan pendidikan bagi membantu calon SPM tahun 2020 membuat persediaan sebelum menghadapi peperiksaan yang akan bermula pada 22 Februari 2021.

Slot tambahan ini membabitkan dua jam pada hari Isnin hingga Jumaat bermula dari jam 3 petang hingga 5 petang di saluran NTV7.

KPM juga menambah lima jam waktu siaran di saluran yang sama pada hari Sabtu dan Ahad bermula dari jam 9 pagi hingga jam 12 tengah hari dan jam 3 petang hingga 5 petang.

Penambahan slot ini menjadikan keseluruhan waktu siaran TV Pendidikan sebanyak 11 jam setiap hari yang disiarkan di saluran TV Okey, Astro Tutor TV dan [email protected]

Jadual rancangan boleh didapati dengan melayari portal rasmi KPM di www.moe.gov.my atau di media sosial rasmi KPM iaitu Facebook, Instagram dan Twitter @KemPendidikan.

KPM yakin Program TV Pendidikan yang disediakan ini dapat dimanfaatkan oleh murid, guru dan ibu bapa sebagai salah satu kaedah PdPR yang berkesan.





Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 January 2021 @ 8:36 PM