Hafidzul Hilmi Mohd Noor

Subang Jaya: Polis membongkar kegiatan menjual nombor ekor yang berselindung di sebalik perniagaan lain dalam enam serbuan di sekitar Bukit Puchong di sini, hari ini.

Serbuan dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya bermula pada jam 5.30 petang.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, enam premis berkenaan menawarkan pertaruhan nombor ekor dari Malaysia dan Kemboja.

"Serbuan berjaya menahan 20 individu terdiri 11 penjaga premis dan bakinya adalah pembeli nombor ekor.

"Kegiatan itu berselindung di sebalik kedai emas, menjual telefon bimbit dan restoran," katanya di lokasi serbuan hari ini.

Abd Khalid berkata, pihaknya turut merampas 12 telefon bimbit, 52 keping kertas bercetak dan wang tunai RM5,060.

"Siasatan mendapati keuntungan sindiket berkenaan didapati bertambah susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Semua individu yang ditahan dibawa ke Balai Polis Bukit Puchong bagi membantu siastan mengikut Seksyen 4A (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 untuk penjaga, Seksyen 9(1) akta yang sama bagi pembeli dan Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 January 2021 @ 7:56 PM
    Seramai 20 individu ditahan selepas terbabit dalam aktiviti nombor ekor haram dalam operasi dijalankan di Bukit Puchong, Subang Jaya, hari ini. FOTO Hafidzul Hilmi
    Seramai 20 individu ditahan selepas terbabit dalam aktiviti nombor ekor haram dalam operasi dijalankan di Bukit Puchong, Subang Jaya, hari ini. FOTO Hafidzul Hilmi