Siti Aisyah dicari SPRM. FOTO ihsan SPRM
Siti Aisyah dicari SPRM. FOTO ihsan SPRM
Nor Azizah Mokhtar


Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak sedang mengesan seorang wanita berasal dari Shah Alam bagi membantu siasatan kes berkaitan penyelewengan.

SPRM dalam kenyataan, hari ini berkata, orang ramai yang mengenali Siti Aisyah Mohamad Amir, 31, alamat terakhir di Blok 2, Tingkat 10B, Berek Polis Seksyen 9, Persiaran Kayangan, Seksyen 9, Shah Alam, Selangor diminta tampil membantu siasatan.

"Maklumat mengenai wanita itu boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat, Penolong Penguasa Abdul Jalil Hamdan di talian 019-6002041.

"Pegawai penyiasat juga boleh dihubungi melalui talian 05-5261227 sambungan 135 atau emel ke alamat [email protected]," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Februari 2021 @ 10:30 PM