mutakhir

Bayi perempuan dijumpai di tempat pembuangan sampah

Oleh Melvin Joni

Padawan: Bayi perempuan ditemukan di tempat pembuangan sampah berdekatan sebuah pasar raya di Moyan Square, Batu Kawa, di sini, hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Padawan Deputi Superintendan Lim Jaw Shyong berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan itu daripada orang awam jam 9.18 pagi.

Katanya, ketika ditemukan, bayi yang diletakkan di dalam kotak itu masih hidup.

"Bayi itu dihantar ke Klinik Kesihatan Batu Kawa untuk rawatan dan pemeriksaan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung kes itu.

Satu video berdurasi 14 saat menunjukkan penemuan bayi itu tular di media sosial pagi tadi.

Disiarkan pada: August 18, 2023 @ 11:35am
d