mutakhir

Isteri Adun Pelangai tiba di Jabatan Forensik HTAR

Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor

Klang: Isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelangai, Allahyarham Datuk Seri Johari Harun yang terbabit dalam nahas pesawat di Elmina, Shah Alam, hadir ke Jabatan Forensik, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini, hari ini.

Datin Seri Maziah Samsudin hadir kira-kira jam 11 pagi menaiki sebuah kenderaan sambil diiringi beberapa individu dilihat memasuki bangunan forensik.

Difahamkan pertemuan turut diadakan bersama Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar untuk makluman terkini berkaitan jenazah suaminya.

Sementara itu, Hussein ketika ditemui mengesahkan kehadiran ahli keluarga mangsa.

"Polis memanggil ahli keluarga mangsa untuk diambil kererangan," katanya ringkas.

Terdahulu, Maziah berada di Jabatan Forensik kira-kira sejam sebelum bertemu dengan Hussein.

Pada jam 9.30 pagi tadi, jenazah pertama mangsa nahas pesawat dituntut ahli keluarganya.

Jenazah Muhamad Hafiz Muhamad Salleh, 32, dibawa ke Masjid Al Rahimiah, di sini, untuk disolatkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Al-Huda, Kampung Jerong, Kedah.

Disiarkan pada: August 19, 2023 @ 12:28pm
d