Bola Sepak

Pesawat RM1.01 bilion jemput Neymar ke Riyadh

Oleh Agensi

Riyadh: Neymar terbang dari Paris ke Riyadh menaiki pesawat peribadi termahal dunia berharga £172 juta (RM1.01 bilion) milik Putera Arab Saudi.

Bintang Brazil itu tiba di Arab Saudi, minggu lalu bagi melengkapkan perpindahan bernilai £78 juta (RM456.81 juta) dari Paris Saint-Germain ke Al-Hilal.

Kapal terbang Boeing 747 itu adalah milik Putera Al Waleed bin Talal yang meminjamkannya kepada Neymar secara percuma.

Ia dilengkapi meja makan dan tiga sofa, tiga bilik tidur serta singgahsana emas - dengan semua 400 kerusi penumpang dikeluarkan untuk ruang lebih luas.

Bekas bintang Barcelona itu turut meminta pemilik Al-Hilal menyediakan tiga kereta mewah untuknya serta lima lagi kenderaan berserta pemandu buat keluarga dan kakitangannya.

Kereta mewah itu termasuk Bentley Continental GP, Aston Martin DBX dan Lamborghini Huracan.

Di rumah, Neymar mahu peti ais yang sentiasa penuh dengan minuman kegemarannya, jus Acai serta minuman Guarana untuk keluarga dan rakannya.

Disiarkan pada: August 22, 2023 @ 11:02am
d