Badminton

Tang Jie-Ee Wei mara ke separuh akhir Terbuka China

Kuala Lumpur: Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei cemerlang apabila melangkah ke separuh akhir Terbuka China, sebentar tadi, yang pertama buat pasangan itu bagi kejohanan bertaraf Super 1000.

Kejayaan itu hadir selepas pasangan ranking ke-11 dunia itu menewaskan gandingan Taiwan, Ye Hong Wei-Lee Chia Hsin 21-15, 13-21, 21-16 pada aksi suku akhir yang berlangsung di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik di Changzhou.

Pencapaian terbaik Tang Jie-Ee Wei dalam kejohanan bertaraf Super 1000 sebelum ini adalah mara ke suku akhir Terbuka Malaysia, Januari lalu.

Mereka akan berdepan beregu Perancis, Thom Gicquel-Delphine Delrue bagi perebutan tiket ke final, esok.

Sebagai rekod, pencapaian terbaik beregu campuran negara di Terbuka China adalah menerusi Chang Peng Soon-Goh Liu Ying yang mara ke final pada edisi 2012.

Disiarkan pada: September 8, 2023 @ 1:22pm
d