utama

Jenazah Raymond Goh selamat dikebumi

Oleh Najiy Jefri

Kuala Lumpur : Jenazah Allahyarham Raymond Goh selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, di sini , jam 5.25 petang, hari ini.

Jenazah tiba di tanah perkuburan berkenaan kira-kira jam 4.45 petang selepas disembahyangkan di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail. di sini.

Upacara pengebumian yang dihadiri ahli keluarga dan kenalan terdekat selesai 5.45 petang.

Hadir sama memberi penghormatan terakhir adalah rakan-rakan penyampai berita iaitu Datuk Ras Adiba, Zahir Kevin Ong dan Tengku Elida Bustamam.

Terdahulu,selepas hampir dua minggu bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat diserang angin ahmar, Raymond meninggal dunia, pagi hari ini.

Berita sedih itu diumumkan isterinya, Faridah Teh dalam satu kenyataan kepada media.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan anak tiri dikenali Fendi.

Disiarkan pada: September 12, 2023 @ 5:57pm
d