Bola Sepak

Mural Messi guna 90,000 penutup botol plastik

Oleh Reuters

Grand Bourg, Argentina: Pelajar sekolah tinggi di Argentina bergabung tenaga pada Selasa lalu untuk menghasilkan mural bintang bola sepak, Lionel Messi menggunakan 90,000 penutup botol plastik kitar semula.

Mural baharu itu yang juga versi pertama menjadi tular di media sosial pada September, di kawasan terbuka sekolah di kejiranan the Grand Bourg, tidak jauh dari ibu negara, Buenos Aires.

Pelajar terbabit menyiapkan reka bentuk pelbagai warna itu dengan menggunakan banyak kotak penutup botol itu dalam masa tiga jam, kata guru seni dan pencipta karya itu, Sebastian Ramirez.

Ia menunjukkan penyerang itu menjulang trofi emas Piala Dunia yang dimenangi di Qatar, tahun lalu, serta kapsyen berterima kasih kepada kapten yang bertatu itu.

Disiarkan pada: September 20, 2023 @ 7:58pm
d