Asia

Gempa bumi 6.6 skala Richter landa Filipina

Oleh Bernama-Xinhua

Manila: Gempa bumi luar pesisir berukuran 6.6 pada skala Richter menggegarkan selatan Filipina hari ini, lapor Xinhua.

Gempa bumi yang berlaku pada 9.39 pagi waktu tempatan itu melanda pada kedalaman 122 kilometer (km), kira-kira 434 km tenggara Pulau Balut di bandar Sarangani, menurut Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina.

Gempa tektonik itu dijangka mencetuskan gegaran susulan tetapi tiada ancaman tsunami direkodkan.

Kepulauan Filipina memiliki aktiviti seismik yang kerap ekoran kedudukannya di sepanjang "Ring of Fire" Pasifik.

Disiarkan pada: September 26, 2023 @ 12:23pm
d