mutakhir

Pencemaran bau, tiga LRA dihenti tugas

Oleh Amirul Aiman Hamsuddin

Kuala Selangor: Tiga Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor iaitu SSP1, SSP2 dan SSP3 terpaksa dihenti tugas ekoran insiden pencemaran bau yang dikesan di Sungai Selangor.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan, pihaknya bekerjasama dengan Lembaga Urus Air Selangor (Luas) bagi mengenal pasti punca pencemaran air mentah di sepanjang kawasan sungai itu.

"Senarai kawasan-kawasan yang dijangka akan terkesan akan dimaklumkan kelak.

"Air Selangor sedang mengambil segala usaha bagi meminimumkan impak gangguan kepada pengguna yang terjejas," katanya, hari ini.

Disiarkan pada: October 10, 2023 @ 7:49am
d