mutakhir

Mangsa banjir Kelantan di PPS tinggal 27 orang

Oleh Hidayatidayu Razali

Kota Bharu: Jumlah mangsa banjir di Kelantan hanya tinggal seramai 27 orang sehingga 1 tengah hari ini.

Kesemua mereka itu berada di satu pusat pemindahan sementara (PPS) di Pasir Mas berbanding 62 orang pada pagi hari ini.

Kesemua mereka daripada tujuh keluarga itu berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Gual To' Deh.

Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan, 35 mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pagi hari ini selepas kediaman mereka pulih daripada banjir.

Disiarkan pada: December 10, 2023 @ 3:19pm
d