mutakhir

Banjir: ICQS beroperasi seperti biasa

Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim

Kota Bharu: Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Rantau Panjang beroperasi seperti biasa walaupun laluan ke Rantau Panjang dilanda banjir.

Jurucakap Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan berkata, walaupun ada kakitangan terputus hubungan untuk ke ICQS, namun masih ada pegawai yang ditempatkan di premis berkenaan.

"Kita akui ada berlaku salah faham berhubung penutupan ICQS, memang ada kakitangan tidak dapat hadir kerana Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang kerana lalua terputus akibat banjir.

"Namun ada tiga kakitangan yang ditugaskan di ICQS dan tidak pulang. Sehingga hari ini kita tidak menerima sebarang arahan untuk penutupan ICQS.

"Operasi ICQS berjalan seperti biasa setakat ini," katanya.

Terdahulu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas memaklumkan laluan Pasir Mas-Rantau Panjang ditutup untuk semua kenderaan mulai malam tadi.

"Atas faktor keselamatan, semua pengguna dinasihatkan tidak melalui kawasan Kalbok 5 bermula malam tadi sehingga diberitahu kelak kerana keadaan jalan tidak selamat untuk semua jenis kenderaan," katanya.

Disiarkan pada: December 26, 2023 @ 3:07pm
d