pks

RM50 juta bantu PKS terjejas banjir

Oleh Mahaizura Abd Malik

Kuala Lumpur: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) menyalurkan bantuan RM50 juta untuk peniaga perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas banjir.

Timbalan Menteri Kuskop, Datuk Ramanan Ramakrishnan berkata, bantuan melalui Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional (Tekun) itu disalurkan kepada 15,000 peniaga PKS.

"Bantuan seumpama ini bukan untuk hari ini sahaja tetapi kerajaan sedia membantu jika ada permohonan," katanya selepas mengadakan lawatan di Menara Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SKM, Rusli Jaafar berkata, pihaknya menerima 36 permohonan koperasi terjejas banjir membabitkan nilai RM600,000.

Katanya, permohonan itu masih dalam proses kelulusan dengan kebanyakan sektor terjejas membabitkan pertanian dan penternakan ikan.

"Daripada 36 koperasi terjejas banjir itu 14 daripadanya ialah Terengganu diikuti Pahang (10 koperasi), Kelantan (tujuh) dan Johor (lima).

"Kita menyediakan peruntukan RM2 juta bantuan kecemasan dalam Tabung Bantuan Kecemasan Koperasi (TBKK), namun setiap permohonan maksimum RM30,000 sahaja," katanya.

Disiarkan pada: January 16, 2024 @ 2:48pm
d