vroom

BHPetrol galak pemanduan selamat sempena cuti perayaan

Oleh Lizam Ridzuan

Klang: Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) menganjurkan Program Sambutan Tahun Baru Cina dan Balik Kampung dengan Selamat bagi menggalakkan pemanduan berhemah dalam kalangan pengguna jalan raya.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ir Azizul Azily Ahmad berkata, ia adalah acara tahunan yang mendapat kerjasama dariapda rakan strategik iaitu Bahagian Keselamatan Jalan Raya (BKJR), Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ).

"Program ini adalah salah satu usaha Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat yang sentiasa peka kepada keselamatan pemandu terutamanya di musim perayaan dan percaya ia dapat memberikan satu langkah positif dalam menyokong usaha kerajaan menangani isu-isu keselamatan jalan raya di Malaysia," katanya ketika melancarkan program itu di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Pengarah, Seksyen Dasar dan Inovasi, BKJR, JPJ, Joanne Teddy Chian.

Pelanggan yang singgah di stesen Jalan Kebun hari ini turut menerima beg cenderahati berisi makanan dan minuman ringan sebagai bekalan ketika perjalanan selain topi keledar dan jaket pemantul cahaya untuk penunggang motosikal.

"Semoga semua tiba dengan selamat ke destinasi masing-masing bagi menyambut perayaan Tahun Baru Cina," katanya.

Disiarkan pada: February 8, 2024 @ 6:40pm
d