mutakhir

Remaja dikhuatiri lemas, seorang lagi sempat diselamatkan datuk

Oleh Juwan Riduan

Keningau: Remaja lelaki berusia 13 tahun dikhuatiri lemas di Sungai Pegalan dekat Kampung Panagatan, di sini, petang tadi.

Aloysius Alfred, 13, dikhuatiri lemas ketika mandi bersama lima rakannya.

Difahamkan, seorang lagi rakan mangsa yang hampir lemas sempat diselamatkan oleh datuknya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Sharudy Delamin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 5.50 petang.

Katanya, sepasukan sembilan pegawai dan anggota bersama satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

"Sebaik tiba, pasukan mendapatkan maklumat dan segera menggerakkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan mangsa dilaporkan hilang," katanya ketika dihubungi.

Disiarkan pada: February 26, 2024 @ 11:03pm
d