Sukan Lain

Djokovic tarik diri Terbuka Miami

Oleh Reuters

Miami: Pemain nombor satu dunia Novak Djokovic tidak akan beraksi di Terbuka Miami kerana dia cuba mengehadkan bilangan acara yang dimainkannya tahun ini, kata pemain Serbia berusia 36 tahun itu.

"Pada peringkat kerjaya saya ini, saya sedang mengimbangi jadual peribadi dan profesional saya," tulis Djokovic di X.

"Saya minta maaf kerana tidak akan bertemu beberapa peminat terbaik dan paling bersemangat di dunia."

Djokovic memenangi Terbuka Miami enam kali dengan gelaran terakhirnya hadir pada 2016.

Juara Grand Slam sebanyak 24 kali itu mengalami kekalahan mengejut pusingan ketiga kepada pemain ranking ke-123 dari Itali, Luka Nardi di Indian Wells minggu ini.

Disiarkan pada: March 17, 2024 @ 1:56pm
d