mutakhir

Bas persiaran terbalik, 4 penumpang cedera

Oleh Amir Hamzah Nordin

Bentong: Sebuah bas persiaran yang membawa 16 penumpang termasuk empat orang warga asing terbalik berdekatan Hentian Rehat Lentang arah timur, Lebuhraya Karak dekat sini pagi tadi.

Komander Operasi, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong, Badrul Hisham Saari berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.53 pagi.

"Seramai 19 anggota bomba bergegas ke tempat kejadian yang terletak kira-kira 20 kilometer dari BBP Bentong.

"Anggota bomba bertugas berjaya mengeluarkan seorang wanita yang tersepit dengan menggunakan peralatan khas dan membawa mangsa ke Hospital Bentong menggunakan ambulans bomba (EMRS)," katanya.

Katanya, seorang wanita dan tiga lelaki dewasa cedera diberi rawatan awal sebelum dihantar ke hospital sama, "katanya.

Disiarkan pada: March 29, 2024 @ 10:27am
d