Sukan Lain

Green dahului Kejuaraan Golf Ford

Oleh Reuters

Arizona: Pemain golf wanita Australia, Hannah Green terus mengekalkan penguasaanya dalam Kejuaraan Golf Ford di Gilbert, Arizona di Amerika Syarikat.

Green mendahului dengan 61 lubang berbanding wakil tuan rumah, Sarah Schmelzel dan Peiyun Chien dari Taiwan dengan masing-masing mencatatkan 63 dan 65 pukulan.

Pemain nombor satu dunia, Nelly Korda pula berada di kedudukan kesepuluh untuk membiarkan Green mendahului acar itu.

"Saya tidak berada pada tahap terbaik kerana hidung saya berair dan sakit tekak, jadi saya sama sekali tidak menjangka dapat mendahului pesaing lain.

"Saya terlepas lubang pertama dan saya bangkit pada lubang berikutnya. Saya tidak memandang ke belakang lagi selepas mendahului oada pertengahan saingan.

"Apapun saya harap kekalkan permainan dan lebih konsisten untuk saingan berikutnya selepas ini," katanya.

Disiarkan pada: March 30, 2024 @ 1:33pm
d