mutakhir

Tiga remaja sesat ketika memikat ayam hutan ditemukan selamat

Oleh Nazdy Harun

Marang: Tiga remaja yang tersesat di kawasan hutan di Kampung Pulau Kerengga, di sini, ketika melakukan aktiviti memikat ayam hutan, ditemukan selamat pagi ini.

Komander Operasi, Che Mohd Badrul Isham Che Mohd Noor berkata, mangsa ditemukan empat kilometer dari lokasi mereka hilang.

Menurutnya, mangsa, Mohamad Adam Ajmal Zainudin, 15; Mohamad Haris Kamarudin, 16 dan Muhamad AmurulHaziq Selamat, 16, ditemukan dalam keadaan lemah dan mengalami luka-luka kecil di badan.

Katanya, mangsa dibawa oleh Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) ke Klinik Kesihatan Gong Balai di sini, untuk pemeriksaan kesihatan dan diserahkan kepada keluarga.

"Operasi tamat pada 9 pagi selepas kesemua ketiga-tiga remaja terbabit ditemukan," katanya.

Disiarkan pada: March 31, 2024 @ 10:03am
d