mutakhir

Warga emas berusia 91 tahun mati terjatuh daripada tingkat 13

Oleh Muhammd Zulsyamini Sufian Suri

Ipoh: Seorang lelaki warga emas berusia 91 tahun ditemukan mati selepas dipercayai terjatuh daripada tingkat 13 sebuah rumah pangsa di Persiaran Bandar Timah, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Abang Zainal Abdin Abang Ahmad berkata, penemuan mayat lelaki warga tempatan itu dilaporkan pengawal keselamatan perumahan itu, jam 8.20 pagi.

"Hasil siasatan awal di lokasi, si mati ditemukan oleh pengawal keselamatan dalam keadaan tidak sempurna.

"Tiada sebarang unsur jenayah ditemukan dan setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya pada kenyataan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Asisten Superintendan Mohd Sahran Termizi di talian 019-4444515 bagi membantu siasatan.

Disiarkan pada: April 17, 2024 @ 5:14pm
d