Sukan Lain

Macron yakin Sungai Seine sedia dijadikan venue Paris 2024

Oleh AFP

Champigny sur Marne: Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang berulang kali berjanji untuk berenang di Seine berkata sungai itu dalam bakal menjadi 'bersih'.

Macron memberi reaksi selepas Menteri Sukan, Amelie Oudea Castera melancarkan loji rawatan air hujan di Marne, yang mengalir ke Seine di sebelah timur Paris.

Beliau berkata, untuk mengisytiharkan kedua-dua sungai itu sesuai untuk berenang adalah 'salah satu cabaran terbesar abad ini'.

Pada akaun X, Macron menyatakan kepuasannya terhadap 'langkah penting ke arah menjadikan Sungai Seine selamat untuk berenang'.

"Air di Sungai Seine akan sejuk... tetapi bersih," tulisnya.

"Saya akan dapat mengesahkannya secara peribadi."

Perlumbaan renang perairan terbuka Olimpik dan renangan tritlon akan diadakan di sungai yang indah melalui tengah-tengah Paris di mana pada musim panas lalu paras bakteria melepasi tahap maksimum selamat.

Disiarkan pada: April 24, 2024 @ 12:41am
d