mutakhir

PRK KKB: Peluang PN menang dijangka cerah - Sanusi

Oleh Aizat Sharif

Kangar: Peluang Perikatan Nasional untuk memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu (KKB) dilihat lebih cerah sekiranya pengundi Melayu di kawasan itu keluar mengundi pada 11 Mei hadapan.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, berdasarkan semakan pengundian bangsa Cina pada Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum ini,ia agak rendah.

"Pengundi Cina tentulah akan keluar tetapi saya lihat peratusan pengundi Cina untuk kawasan itu sebelum ini agak rendah.

"Pengundian dalam kalangan orang Cina yang paling tinggi pun di Kulai lebih 50 peratus uang lainnya semua bawah 50 peratus," katanya selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka PAS Pusat di sini, hari ini.

Pada PRK Kuala Kubu Bharu ini, calon PN, Khairul Azhari Saut dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan menghadapi pertentangan daripada Pang Sock Tao (Pakatan Harapan), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas).

PRK berkenaan diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lalu akibat kanser.

Disiarkan pada: April 27, 2024 @ 6:35pm
d