Kuala Lumpur: Pemergian Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal semalam adalah sesuatu yang dirasai oleh semua terutama rakyat di kawasan yang diwakilinya.
Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata parti itu turut merakamkan rasa sedih dan dukacita atas kematian mendiang.
"PAS juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah kepada
keluarga mendiang dengan harapan mereka akan menemui kesabaran dan
ketabahan dalam menghadapi detik-detik sukar susulan pemergian insan tersayang.
Dengan rekod perkhidmatannya yang panjang dalam bidang politik, selain latar
belakang kerjaya dalam bidang pendidikan dan juga undang-undang (Lulusan
Undang-Undang, Universiti Malaya), PAS percaya pemergian beliau akan dirasai
oleh banyak pihak dan kehilangan kepada negara, khususnya rakyat
Sarawak, terutama masyarakat yang diwakilinya," katanya dalam satu kenyataan.
Mendiang mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Dewan Negara ke-20 pada
19 Februari lalu dan menjadi Orang Ulu pertama yang dilantik ke jawatan itu,
selain pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Bukit Mas, Sarawak dari tahun 1982
hingga 1990.