mutakhir

Juruteknik terbunuh digilis treler

Kuala Lumpur: Seorang juruteknik maut dalam keadaan mengerikan apabila kepalanya hancur digilis treler di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Batu Caves di sini.

Dalam kejadian jam 5 petang kelmarin, mangsa S Hariharan, 19, menunggang motosikal bersama rakannya, P Prethiban, 19.

Bagaimanapun mangsa gagal mengawal motosikal dan terjatuh setibanya di lokasi kejadian.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur Deputi Superintendan S Markandan berkata, motosikal mangsa dipercayai bergesel dengan treler berkenaan menyebabkan mangsa hilang kawalan.

“Mangsa kemudian tercampak di antara tayar hadapan dan belakang treler,” katanya.

Disiarkan pada: April 4, 2016 @ 5:03am
d