mutakhir

Menang dua tahun berturut

Oleh Yusmizal Dolah Aling

Kuala Lumpur: Akhbar New Straits Times (NST) memenangi Hadiah Kajai untuk dua tahun berturut-turut bagi Hadiah Kewartawanan Malaysia-MPI Petronas 2015.

Kemenangan diperolehi menerusi laporan Pengarang Berita NST Farrah Naz Abd Karim dan wartawan Aliza Shah Muhammad Shah mengenai laporan kesan perlombongan bauksit di Pahang.

Selain itu, Pengarang Urusan Kumpulan The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) Datuk Abdul Jalil Hamid turut memenangi kategori Penulisan Kolum/Rencana Pengarang.

Acara tahunan itu bertujuan mengiktiraf sumbangan petugas media merangkumi media cetak, media elektronik iaitu televisyen dan radio, portal berita, fotografi, infografik, kartun editorial dan juga desain halaman surat khabar.

Disiarkan pada: May 22, 2016 @ 5:29am
d