mutakhir

Malaysia Book of Records iktiraf Coca-Cola

Teluk Intan: Pengeluar air minuman terkemuka, Coca-Cola Bottlers (Malaysia) Sdn Bhd (Coca-Cola) mencatat nama dalam Malaysia Book Of Records (MBOR) melalui pembinaan 47 replika mercu tanda negara menggunakan tin dan botol plastik minuman jenama itu di 37 pusat perniagaan serta pasar raya di seluruh negara.

Sijil pengiktirafan MBOR berkenaan diberikan kepada syarikat itu di Pasaraya TF Value Mart, Taman Melor, di sini, semalam.

Secara keseluruhan, sebanyak 326,000 tin dan 44,000 botol plastik Coca-Cola digunakan bagi membina replika termasuk Menara Berkembar PETRONAS, Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) Pulau Pinang dan Gunung Kinabalu.

Terdahulu, sijil pengiktirafan disampaikan oleh Timbalan Pengarah MBOR, Mohamad Alex Edward kepada Ketua Pengarah Eksekutif Coca-Cola Malaysia, Singapura dan Brunei, Stephen Lusk di pasar raya berkenaan.

Disiarkan pada: September 24, 2016 @ 8:26am
d